Kenali Saya

Blog perkongsian dalam bidang pendidikan dan perniagaan ini adalah untuk membantu menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Ilmu yang kita sampaikan walaupun satu ayat dan boleh memberi manfaat kepada seseorang individu, maka besarlah ganjarannya.

Blog ini dimiliki dan di uruskan sendiri oleh Abdullah B Suhaimin. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah MRSM di Kuala Lipis, Pahang. Saya terlibat dengan program pembangunan keusahawanan bagi pelajar di MRSM Kuala Lipis.

Menjawat jawatan guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) sejak tahun 2010 sehingga kini ( 2017 ). Sepanjang 7 tahun terlibat dengan program keusahawanan ini, banyak kursus dan program anjuran MARA dan badan-badan korporat yang telah saya sertai.

Melalui blog ini, saya akan cuba kongsikan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi dengan anda di luar sana. Blog ini juga di hasilkan dari usaha sendiri dan melalui pembelajaran sendiri. Mohon berikan pandangan dan pendapat untuk saya tambah baik blog ini untuk kebaikan bersama.