7 Teknik Follow Up

Sebagai seorang peniaga samada secara online ataupun offline, kadang-kadang ramai yang minta PM dan berminat dengan tawaran kita sebelum ini. Apa yang terjadi pada kebanyakkan peniaga adalah apabila kita berikan harga dan detail tentang produk, pelanggan kita senyap dan tidak melakukan pembayaran.

Saya akan kongsikan 7 teknik yang boleh anda gunakan untuk anda follow up semula bakal pelangan anda dengan cara yang tidak menekan mereka.

Tawarkan DISKAUN/POTONGAN HARGA

Anda boleh hubungi semula bakal pelanggan anda dengan cara menawarkan diskaun. Kaedah ini sesuai jika sebelum ini anda membuat iklan tanpa potongan harga. Ia juga sesuai jika ada potongan harga terbaru pada produk anda.

LIMITED Special Offer

Anda boleh tawarkan OFFER yang limited. Biasanya limited time offer ni dibuat untuk 1 hari sahaja atau pada satu satu tempoh masa. Teknik selalunya tak akan dilepaskan oleh bakal pelanggan anda.

Hadiah PERCUMA

Hadiah percuma ni anda boleh tawarkan jika pelanggan anda beli produk X dan akan dapat percuma produk Y. Boleh cuba dan pastikan hadiah tersebut adalah berbaloi untuk pelanggan anda.

Pengumuman Pertandingan (Contest )

Anda boleh buat contest dan maklumkan pada pelanggan anda yang pernah berminat sebelum ini. Dengan cara ini mereka akan trigger semula untuk terlibat dengan contest kita dan kemungkinan akan membeli produk yang pernah berminat dulu.

Tawarkan Bantuan

Cuba hubungi bakal pelanggan anda dan tawarkan bantuan kepada mereka. Biasanya mengikut kesesuaian produk yang kita jual. Boleh juga tanya masalah dan kita tawarkan khidmat nasihat.

Jemputan ke Program/Event

Cuba hubungi semula mereka yang pernah berminat dan maklumkan yang kita akan adakan event pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan. Secara tak langsung mereka akan mengingati kita semula.

Berikan Pilihan

Hubungi mereka dan berikan pilihan lain . Contohnya jika sebelum ini kita tawarkan set A dan pada kali ini kita cuba tawarkan set B. Pilihan ini akan membuatkan mereka merasakan kita benar- benar ingin membantu mereka.

Apa yang penting tujuan utama follow up ini adalah kita nak mereka mengingati kita semula. Boleh gunakan teknik yang sesuai dengan syarat tidak terlalu mendesak bakal pelanggan kita.

Nantikan 8 lagi teknik follow up pada post yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *