the-secret-to-closing-the-sale

Teknik Close Sale

Artikel pada kali ini berkenaan dengan Teknik Close Sale. Banyak teknik untuk close jualan sebenarnya. Saya cuba kongsikan teknik yang saya gunakan untuk jualan secara online. Trend masa kini, majoriti peniaga-peniaga online menggunakan platform FB untuk pemasaran produk dan meminta prospek untuk whatsapp ke nombor telefon yang diberikan. 

Kaedah closing melalui aplikasi whatsapp ni popular kerana capaian whatsapp cukup mudah tanpa memerlukan internet yang berkelajuan tinggi. Kebanyakkan masyarakat di malaysia juga menggunakan aplikasi ini dalam kehidupan seharian mereka. Baiklah, di bawah beberapa peringkat proses closing pelanggan :

Peringkat 1 :Sesi perkenalan dengan bakal pelanggan kita. Ucapkan terima kasih kerana sudi whatsapp kita dan kita perkenalkan diri terlebih dahulu dan tanyakan nama dia dan dari mana. Ini untuk membuatkan bakal pelanggan kita rasa selesa dengan kita dan mereka akan rasa dilayan dengan baik. Kadang-kadang apabila bakal pelanggan kita whatsapp bertanyakan harga, kita terus bagi harga kan..jadi, sebenarnya teknik itu sebenarnya boleh dimurnikan lagi dengan sesi perkenalan dan ramah mesra dulu.Sebaik-baiknya akhiri dengan soalan. Jangan tunggu mereka tanya soalan pada kita.

Peringkat 2 : Bertanya apa masalah mereka. Kita perlu tanya apa masalah yang mereka hadapi. Ini membolehkan kita memberikan cadangan produk yang sesuai (jika produk lebih dari satu). Ia juga dapat memberikan kita gambaran masalah yang mereka hadapi. Peringkat ini penting kerana kita mahu ‘relatekan’ masalah mereka dengan pelanggan-pelanggan kita sebelum ini. Pelanggan lebih yakin untuk membeli jika ada orang lain yang hadapi masalah yang sama macam diri mereka. Pada peringkat ini, berikan testimoni-testimoni berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi.

Peringkat 3 : Nyatakan kelebihan produk dan servis. Ceritakan pada pelanggan kita tentang kelebihan produk yang kita ada. Bagitau mereka yang sekarang ini sedang buat promosi. Nyatakan harga promosi dan apa yang pelanggan kita akan dapat.

Peringkat 4 : Cara closing. Bertanya kepada pelanggan untuk closing. Contohnya : Cik berminat yang mana? Sis Nak cuba? Sis nak CIMB or Maybank.Berikan butiran pembayaran kepada pelanggan. saya cadangkan buat dalam bentuk gambar.

Peringkat 5 :  Selepas Closing. Berikan maklumat penghantaran kepada pelanggan kita. Sebaik-baiknya ambil gambar pesanan dan juga tracking number. Ucapkan terima kasih dan minta maklumkan pada kita jika pesanan itu telah di terima.

Diharapkan tips teknik close sale dapat membantu anda semua. Teknik ini diceritakan dengan ringkas sahaja. Jika anda menghadapi apa-apa masalah boleh hubungi saya.

 

nama syarikat

Tips Menamakan Syarikat

Hai semua..

Kali ni saya telah menyediakan satu tips bagaimana untuk menamakan nama syarikat mengikut apa yang telah saya pelajari.

Artikel ni saya keluarkan kerana ada respon dari kawan-kawan FB saya yang berminat nak tahu.

So ramai juga yang komen nak tahu. Tips ni saya belajar semasa menghadiri kursus di Perlis 4 tahun yang lepas.

UWAIS Konsultan telah memberikan panduan ni meletakkan nama syarikat ni mengikut panduan Islam. Boleh tengok analogi di bawah.

konsep nama dan simpanan

Analogi ini berkaitan dengan bilangan nombor dan simpanan. Saya cuba terangkan satu persatu.

NOMBOR mewakili dinding tabung simpanan. Beliau cadangkan sebaik-baiknya nama syarikat ialah 9 HURUF sahaja.

Analogi dan sebabnya :

Dengan 9 huruf sahaja, bisnes kita berpotensi untuk kekal stabil dan duit tidak mengalami kebocoran.

 

konsep nama dan simpanan1

Jika 8 huruf sahaja, mungkin bisnes kita akan mengalami kebocoran kerana tiada dinding yang dapat menghalang duit tu keluar.

duit bocor

 

Analogi yang terakhir ialah nombor 9 adalah nombor ganjil. Nombor ganjil adalah digalakkan dalam Islam.

Anda boleh cuba buat pemerhatian..berapa banyak nama syarikat yang namanya hanya 9 huruf sahaja dan lihat potensi syarikat tersebut.

Apa-apapun nak berniaga paling penting adalah kuasa tindakan dan ilmu. Jika nama sahaja baik tetapi tidak melakukan perniagaan dengan ilmu yang betul..tak kemana juga kan..SELAMAT MENCUBA!

Penafian : Tips ini adalah tips peribadi dari penulis blog ini. Ia tiada kaitan dengan mana-mana artikel yang mungkin terdapat dalam buku.

 

buat-duit-online

Niche Ebook Pilihan Ramai

Kita tahu ebook adalah teknik paling mudah untuk jana pendapatan yang banyak di internet, namun kita seperti kehilangan arah bagaimana hendak bermula. Sebenarnya, anda tidak perlu memikirkan sesuatu yang terlalu bernas untuk jana pendapatan melalui ebook.

Apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana hendak mencari pembeli yang dahagakan maklumat yang anda jual itu. Di dalam ebook ringkas ini, saya senaraikan lima niche yang hot iaitu niche yang mempunyai bilangan pembeli yang banyak dan akan sentiasa laris.

Niche pertama : Buat duit online.

Ia pelik bukan. Anda jana pendapatan dengan menjual teknik bagaimana henda jana pendapatan di Internet. Tetapi, anda mahu jana pendapatan bukan ? jadi, tiada salahnya untuk anda jual produk buat duit di internet.

buat-duit-online

Untuk menjadikan ebook anda laris, anda perlu meletakkan beberapa syarat pada ebook anda sebelum anda mula menjual ebook anda. Syarat ebook tersebut adalah
– Teknik anda adalah logik.
– Anda mahir dengan teknik tersebut.
– Anda mampu membantu pembaca ebook anda untuk memperoleh keputusan yang sama dengan anda..
– Teknik adalah hasil dari percubaan anda sendiri.
– Sudah terbukti, semua orang boleh jana pendapatan melalui teknik anda itu.

Jika kena pada caranya, anda boleh jana wang yang banyak menerusi niche ini. Namun, jika anda tersilap langkah, ia mampu memberi tamparan yang besar kepada anda.

Niche kedua : Fitness dan weight loss.

Manusia adalah makhluk yang suka akan kecantikan. Tiada cara yang lebih baik dari senaman untuk menjadikan diri mereka lebih cantik. Niche ini adalah bernilai berbillion dollar setahun dan amatlah rugi jika anda tidak turut serta untuk memeriahkannya.

Good-diet-food-for-weight-loss

Niche ini amat mudah untuk di tembusi, anda hanya perlu cari kajian terbaru atau unik dan anda sudah boleh mulakan aktiviti jualan anda. Anda tidak perlukan testimoni yang hebat untuk anda jual ebook di dalam niche ini. Anda hanya perlu ada maklumat yang di dahagakan oleh orang ramai. Jual maklumat yang betul pada orang yang betul.

Niche ketiga : Hubungan sesama manusia.

Hubungan sesama manusia seperti kawan, keluarga dan cinta memang mempunyai permintaan yang banyak di dalam industri maklumat. Ini kerana manusia memang dahagakan perhubungan. Mereka mahu memiliki teman istemewa,kawan yang ramai serta keluarga yang bahagia.

happines

Seorang lelaki mahu memiliki teman wanita, seorang ibu mahu suaminya setia, seorang perempuan mahu menawan lelaki idaman, seorang yang kesunyian dan pemalu mahukan kawan yang banyak. Potensi jualan adalah tidak terhad. Terdapat banyak tajuk dan kaedah yang boleh anda ceburi. Bayangkan semua manusia mahukan kebahagian dan anda ada maklumat tersebut.

Niche Keempat : Semulajadi

Dunia semakin tercemar, itulah pendapat setiap penduduk di bumi ini. Mereka sayangkan bumi ini dan mahu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dunia ini dari tercemar lagi. Lalu, menggunakan produk semulajadi adalah terbaik. Manusia lebih percaya pada semulajadi dari perkara-perkara yang lain.

natural

Masukkan elemen semulajadi di dalam ebook anda, ia akan meningkatkan jualan ebook anda. Semulajadi merangkumi penggunaan herba, kaedah tradisional untuk menghasilkan sesuatu, teknik untuk mengurangkan pencemaran dan lain-lain.

Niche Kelima : Hobi

Niche hobi adalah niche yang sangat mahal. Manusia suka meluangkan masa melakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh wujudkan hobi baru atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah mengikut trends.

hobbies

Bagi mereka yang suka bermain permainan video, permainan video mereka berubah mengikut trends. Jadi, pendapatan anda adalah tidak terhad. Ini kerana trends sentiasa berubah. Anda boleh kaji hobi apa yang sedang hangat di sekeliling anda dan ambil kesempatan darinya.
Tidak susah untuk jana pendapatan melalui ebook. Anda hanya perlu cari pembeli yang mahukan maklumat yang anda miliki. Pendapatan melalui ebook adalah tidak terhad. Anda boleh hasil dan jual beberapa ebook serentak. Anda juga boleh menjual ebook melalui kelima-lima niche serentak. Internet adalah dunia tanpa sempadan. Jadi, kenapa anda perlu ada had.

upgrade keyboard

6 Teknik Mengatasi Pesaing Dalam Bisnes

power

1. Wujudkan kekuasaan anda di pasaran. Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah pemimpin dalam apa jua yang anda buat. Jangan mudah terperangkap dalam apa-apa jangkaan. Anda boleh wujudkan kekuasaan anda dengan menjadi visible di mana saja anda boleh dan dengan memberikan kandungan berinformasi tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang anda boleh. Menjawab pertanyaan adalah satu lagi cara yang mana anda boleh tunjukkan dominasi anda dalam bidang anda.

2. Kenakan harga pada produk anda dengan wajar. Itu tidak bermaksud anda terpaksa sepit produk anda dengan harga yang paling rendah. Ia cuma bermaksud bahawa anda harus berikan kepada orang nilai yang tepat untuk apa yang mereka belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh produk lain.

price

3. Sentiasa terus berevolusi. Terbitkan versi baru produk anda selalu. Terbitkan produk yang sepadan dengan pelbagai tema, seperti tema perayaan. Bina pakej yang memikat hati di seluruh produk anda, mungkin melalui kerjasama dengan produk-produk lain yang ada kaitan. Gunakan teknik-teknik baru untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi.

upgrade keyboard

4. Uruskan  sokongan anda sebaik-baiknya. Sentiasa cepat bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan wang dikembalikan. Berikan jawapan kepada semua tiket sokongan dalam tempoh 24 jam atau kurang.

5. Pertimbangkan keperluan pelanggan dan bentukkan produk anda sewajarnya. Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui apa yang pasaran mahukan. Masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buatkan pasaran anda tahu bahawa anda telah melakukannya. Apabila anda menggabungkan cadangan-cadangan pasaran anda ke dalam produk anda, anda memperoleh rasa hormat mereka dan mereka rasa berbesar hati untuk berurusniaga dengan anda.

6. Berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat. Jika mereka menggunakan taktik yang anda tidak gunakan, fikirkan sama ada patutkah anda menggunakannya juga. Timbang kebaikan dan kekurangan apa saja yang pesaing anda buat dan jangan keberatan menggunakan poin-poin yang bagus.

 

LOGO AYAM BRAND

Teknik Cap Ayam

Kenapa Teknik Cap Ayam? hehe..analogi nya adalah kerana ia simple tetapi sangat membantu pemasaran produk kita. Bukan bermakna cap ayam ni tak bagus, tetapi ia murah dan menjimatkan wang.

LOGO AYAM BRAND
Teknik yang bakal saya dedahkan ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang menjual produk kepada baby dan kanak2 tetapi ia juga sesuai untuk apa2 produk fizikal. Asalkan anda ada masa dan content.
Anda boleh sesuaikan teknik ini dengan niche anda. Pada laporan ni sy akan share berkaitan dengan teknik cap ayam untuk produk kanak-kanak dan sedikit tentang produk yang ada hubung kait dengan wanita sahaja.
Langkah 1:
Anda perlu bina satu fan page yang berkongsi tentang panduan dan pendidikan kanak-kanak.

Sebagai contoh, anda namakan fan page anda seperti :

“Tips Penjagaan Bayi”
“Panduan Mendidik Anak”
“Cara Asuh Anak Mengikut Islam”
“Panduan Pemakanan Bayi”

“Rahsia Menambat Hati Mertua”

“Rahsia Ibu Comel Dan Mithali”
Macam2 lagilah…anda namakan mengikut material yg anda rasa, anda boleh berikan.

Anda letakkan diri anda sebagai pembaca. Sudah tentu anda akan like fan page yang memberikan tips dan panduan secara percuma itu kan….
Biasanya nama fanpage merujuk kepada siapa kita ingin targeted.Jika kepada wanita, anda namakan fan page anda tersebut kepada nama yang lebih cenderung kepada wanita. Jika kepada lelaki, namakan page untuk target lelaki.
Langkah 2 :
Postkan status yang bermanfaat untuk wanita & gambar yang menarik perhatian untuk menggalakkan golongan wanita share status anda tersebut. Post ini mesti related dengan nama fan page anda. Apabila ramai yang share status anda tersebut, maka makin cepatlah like fan page anda bertambah dan terus bertambah.
Letakkan simbol @ NamafanpageAnda pada setiap status untuk menviralkan lagi pertambahan like page anda tersebut.
Di setiap penghujung setiap status dalam page anda tersebut anda boleh letak link ke fan page perniagaan anda atau simbol @NamafanpagePerniagaanAnda
Lihat contoh ayat jemputan ke fan page perniagaan anda di bawah :
Anda seorang ibu yang inginkan rekaan baju kanak-kanak yg terbaru? Anda dijemput untuk melihat baju kanak-kanak terbaru di sini : (Link fan page perniagaan anda)
Langkah 3:

Anda juga boleh letakkan status iklan & gambar iklan yang menarik sebagai pin post supaya lebih mudah dilihat oleh fans anda dan letakkan juga ayat arahan pada cover fan page anda supaya fans anda klik cover fanpage anda tersebut. Letakkan link ke fan page perniagaan anda pada description cover fan page anda tersebut

Note : (Pastikan cover fan page anda tersebut nampak professional)

Langkah 4 :
Apabila anda sudah postkan beberapa post dalam fan page anda. Anda dah boleh sebarkan fan page anda itu ke wall facebook personal anda dan ke group- group iklan percuma yang mempunyai ribuan ahli.
Note: Jika anda ada modal lebih dan kesuntukan masa,anda boleh tempah cc fanpage atau tempah blast post di page- page yang mempunyai ratusan ribu like untuk mempercepatkan lagi pertambahan like fan page anda.
Jika fan page anda sudah mempunyai ribuan like yang kebanyakan terdiri dari wanita, sudah tentu anda sudah tiada masalah lagi untuk mempromosikan produk anda.
Note : Jangan cemari fanpage anda tersebut dengan terlalu banyak post-post iklan produk anda. Cukuplah anda membuat teknik softselling dengan meletakkan link fan page perniagaan anda di setiap hujung setiap post dalam fan page anda atau letakkan link jemputan ke fan page perniagaan anda pada description cover fan page anda. Jika fan page anda dipenuhi dengan info-info yang bermanfaat, sudah tentu page anda terus dikunjungi ramai wanita.

Semoga teknik di atas membantu bisnes anda. 

cover_PAMB

Panduan Asas Mula Bisnes. PERCUMA !

Anda nak mula berniaga? Tak tahu nak mula dari mana?

Anda patut baca buku saya ni dulu.

Percuma jer !!

Blog Lama Hilang! Kini Berwajah Baru !

Hai semua..Maaf jika anda lawati blog saya dan mendapati post yang sebelum ini telah HILANG!.

Yup Hilang..masalah pada hosting yang telah saya langgan. Itulah pengajarannya.

Saya terpaksa buat baru. Kalau anda perhatikan blog saya ni masih baru. Banyak lagi button yang belum dikemaskini dan belum ada apa2.

Maafkan saya. Saya akan develope semula blog saya ni dari masa ke semasa.

Kat bawah ni adalah blog saya yang sebelum ni:-

blog lama_review

Jangan lupa lawati blog saya dari masa ke semasa.

InsyaAllah, kalau anda inginkan sesuatu, anda akan dapat dari sini.

Wassalam.

Abdullah Suhaimin

Guru Usahawan & Bisnes Trainer